9 ::HIGHPLUS ENGINEERING SDN BHD - PUSAT LATIHAN BERTAULIAH KONTRAKTOR ::

  SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB HIGHPLUS ENGINEERING SDN BHD

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

 

Highplus Engineering Sdn Bhd telah ditubuhkan oleh Tuan Hj. Azmi B. Hussein yang juga merupakan peneraju utama syarikat  bermula sejak tahun 1994 dengan memberi tumpuan kepada industri pembuatan dalam bidang komposit fiberglass.

 

Bengkel Highplus Engineering Sdn Bhd yang mempunyai keluasan 9,000 kaki persegi terletak di atas tanah milik sendiri seluas hampir 2 ekar di kawasan pelabuhan Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan memberi keselesaan  untuk melaksanakan kerja-kerja pembuatan dan mempelbagaikan pengeluaran produk berasaskan fiber dan komposit.

 

Antara produk yang dihasilkan Highplus Engineering Sdn Bhd ialah tangki air FRP berbagai saiz dari 1,000galon hingga 22,000galon, tangki untuk akuakultur dari 0.5 ton hingga 10 ton berbagai bentuk bulat atau empat segi, tangki untuk induk ikan dari 20 ton hingga 50 ton, kolam renang mini, perabut jalan, penutup longkang, rumah jaga, tandas mudah alih untuk disewa dan berbagai bekas mengikut kehendak pelanggan, jabatan kerajaan dan swasta.

 

Syarikat ini juga melakukan kerja-kerja membaikpulih tangki yang lama dan yang bocor terutamanya yang bersaiz besar samada tangki plate besi, galvanised atau plate FRP. Ada juga tangki yang tidak boleh dibaiki lagi dan wajar diganti baru.

 

Selain membuat tangki untuk akuakultur, syarikat ini juga secara aktif mempromosikan kaedah penternakan ikan air laut dalam tangki samada menggunakan  sistem RAS atau flow thru. Sektor ini mempunyai peluang yang amat baik memandangkan sumber bekalan ikan dari laut semakin merosot.

 

Untuk makluman, sebelum menceburi bidang komposit fiberglass, Tuan  hj Azmi mempunyai kemahiran dalam bidang kerja-kerja kalis air (waterproofing system), pu grout, cement grout dan pembaikan konkrit. Perniagaan ini dimulakan sejak 1988 melalui syarikat Jurubina Enterprise,  iaitu sebaik sahaja beliau tamat belajar dalam bidang Kejuruteraan Awam.

 

Mulai 2008 pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia telah mentauliahkan tempat beliau sebagai Pusat Latihan Kemahiran. Syarikatnya diberi kuota untuk mengambil belia dan melatih mereka selama dua tahun sehingga mencapai tahap Juruteknik Komposit (skm tahap 3).

 

Pada tahun yang sama syarikat  beliau juga telah dilantik oleh CIDB Malaysia sebagai Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor, khusus untuk menyebarkan ilmu yang berkaitan kerja kalis air/pembaikan konkrit kepada kontraktor yang berdaftar dengan CIDB/PKK.

 

Pada tahun 2015, beliau memperluaskan lagi perniagaan dengan menceburi bidang perkhidmatan mesin layan diri dan mesin air (RO water). Sehingga kini (2021), beliau telah menyediakan perkhidmatan ini di 40 lokasi di sekitar negeri Kelantan.

Semoga apa yang beliau lakukan mendapat keredhaan dari Allah swt. Wasallam.


























HPE SHOP

Tempahan Sila Hubungi Kami

Telefon : 09-7788990